Google Reader Untuk Dakwah

Assalamualaikum w.b.t. buat para pembaca, ikhwah akhowat, di mana sahaja antum semua berada. Semoga kita semua sentiasa di bawah naungan yang Maha Esa dan jangan sesekali kita lupa untuk berdoa agar tidak tergelincir dari jalan dakwah yang telah membentuk diri kita pada saat ini.

Saya pasti, ikhwah akhowat mengetahui, majoriti ulama berpendapat ayat Al-Quran pertama yang diwahyukan kepada baginda ialah surah Al-A'laq ayat 1-5. Dalam awal surah ini, Allah memerintahkan agar umat Islam supaya membaca.

kredit kepada Google Image


Disebabkan kita ialah ummat yang membaca, maka sudah pasti salah satu seruan dakwah ikhwah akhowat ialah ingin mengajak masyarakat untuk cinta akan buku. Dan cara terbaik untuk kita membuktikan bahawa membaca itu seronok dan bermanfaat ialah dengan kita sendiri menjadi pembaca tegar! Ya, pembaca tegar.

Disebabkan terdapat pelbagai medium pembacaan, maka saya tidak akan mengulas kesemuanya dalam artikel ini. Insha'allah, untuk perkongsian kali pertama, saya akan bercerita tentang sebuah aplikasi pembacaan atas talian percuma milik Google, tidak lain dan tidak bukan, Google Reader.


Simbol Google Reader atau GReader daripada Wikipedia
Menariknya tentang Google Reader atau GReader ini ialah keupayaannya untuk mengumpulkan dan menyusun kesemua artikel atau suapan terbaru daripada pelbagai laman web ke dalam 1 tempat sahaja! Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa ada main suap-suap ni? Jangan risau. Sebenarnya suapan atau bahasa Inggerisnya, feed, secara mudah, merujuk kepada artikel yang ditulis dalam sesuatu laman web atau blog.

Simbol RSS daripada Google Image
Ikhwah akhowat sudah pasti pernah melihat simbol di atas bukan? Mungkin di laman web yang selalu anda kunjungi. Atau di blog sahabat antum. Dalam akhbar online pun ada. Ada juga simbol RSS tetapi dalam bentuk perkataan seperti di bawah,
Kredit kepada Google Image
Dengan hanya satu klik kepada simbol tersebut, antum akan "diminta izin" sebelum dibawa ke laman web feed reader yang antum gunakan (contoh yang saya gunakan di sini ialah GReader :] ). Setelah antum log masuk ke GReader, antum akan ke halaman seakan-akan gambar di bawah,

Gambaran skrin GReader terbaru milik saya
Setelah itu, melalui butang subscribe dan logo RSS yang saya tunjukkan sebentar tadi, antum bolehlah mula menambahkan blog atau website yang antum selalu kunjungi. Kelak, antum tidak perlu lagi bersusah payah menaip alamat atau URL untuk mengunjungi laman web kegemaran antum tersebut. Hanya dengan GReader, antum berkeupayaan membaca berpuluh-puluh artikel bahkan beratus-ratus artikel dalam tempoh yang singkat. Ayuh, kita menjadi Du'at yang Tegar Membaca!